Pages

Monday, May 24, 2010

~~~ PETAI and JERING ~~~

Entry hari ini..hehehe...tiba-tiba sahaja teringat pulak kat makanan ni....sebab sebelum tercetusnya idea nak buat entry nie...aku baru lepas masak...tu lah yang teringat kat makanan ni....nak tau tak ape?....

biasanya makanan ni sangat tidak disukai kerana baunya yang busuk...hah tapi jangan tak tahu yang sebusuk-busuk makanan ini tapi mempunyai khasiat yang amat baik untuk tubuh badan kita....

makanan yang dimaksudkan ialah PETAI dan JERING.....
kedua-dua jenis makanan ini amat sinonim dengan baunya yang busuk....

PETAI

mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh badan kita....
ia mengandungi 3 jenis gula semula jadi iaitu sukrosa,fruktosa dan glukosa...

 kombinasi gula ini mampu memberikan tenaga kepada tubuh badan kita...terutama untuk melakukan kerja berat selama 90 minit....

selain daripada itu petai juga dapat mengatasi pelbagai penyakit berat seperti kencing manis, darah tinggi, depression, stress....

jadi jangan sangka yang makan ini busuk..tapi ia mengandungi khasiat yang amat tinggi....


dan ianya favorite aku....wei macam-macam kot kita boleh masak petai ni....hah petai ni sedap buat goreng sambal dengan ikan bilis...ish sedap tu....yummyummmm....

macam gambar ni....sedap kan terliuh tak kalau tengok....




JERING

hah ni pun salah satu makanan yang tidak disukai oleh segelintir orang....sebenarnya kedua-dua makan ni mempunyai khasiat yang sama....jadi kenapa memilh untuk tidak memakanan makan ini.....

kalau orang mat salleh suka makan petai dan jering kenapa kita orang malaysia tak nak makan pulak....kalau nak tahu mat salleh yang datang melancong kat Malaysia ni suka tau makan petai dan jering sebab diaorang tahu akan khasiat makanan ni.....jering ni pulak kalau buat masak lemak....haish sodap ni jang oiii.....




So cuba-cuba lah makan jering dengan petai....tak mati pun....bak kata orang tua-tua yang pahit tulah ubat...

BYE

Sunday, May 23, 2010

~~ What friend means to you ~~~

Friend is a person that can share thoughts, fun, lough and also tears or problem....having such a nice best friend its was like a give to us...because having friend can help us to release any stress or problem also share enjoyable moment together....but sometimes not every one in this world that can have a really nice and sincere friend...

for me having so many friend really make me happy....because when i am having problem i can share with them and ask opinion....we really care each others....even though sometimes, we argue each other but our relationship still in good condition because if each of us have any dissatisfaction among us...we will sit together and talk about it....so in that way nobody will feel hurt....

this is my best friend forever and ever.....





 even though we meet at different places..but for they are still my best friend....i love them forever....

FOREVER IN MY HEART

Minat Bola sepak

sebut sahaja pasal bola sepak...rasa-rasanya siapa yang lebih teruja pasal bola ni...lelaki atau perempuan...ermmm....

Tetapi biasanya lelaki lah yang lebih minat pada bola sepak ni kan. Kenapa lelaki minat sangat bola sepak...aku betul - betul tak paham...lebih-lebih lagi bila piala dunia akan berlangsung tidak lama lagi....

ermmm penuh lah kedai-kedai mamak dekat Malaysia ni..Yelah semua nak tengok siaran langsung perlawanan... Kalau ada astro di rumah penuh rumah dengan kawan-kawan datang nak tumpang tengok....

aku memang tak pernah tengok perlawanan bola nih...So sekarang bila sudah ada teman lelaki, every time ada game je dekat stadium Larkin mesti ajak aku sekali. aku pun kena pergi lah sebab nanti kalau tak pergi dia cakap aku tak nak spend time dengan dia pulak..haish...

Kalau aku tengok pun tak semestinya aku nak sokong-sokong or nak jerit "Goal" kalau ada jaringan dibuat...so aku akan buat bodoh ajer....paling jahat pun aku akan gelakkan boyfriend aku, kalau tak pun aku kutuk habis-habis team dia sokong tu....sebab punya semangat dia sorak team yang dia sokong tapi team tu tak dapt nak score goal pun...hehehe aku gelak, dia pulak tension ngn aku....hahaha padan muka siapa suruh ajak aku pergi tengok....

bila aku tanya dekat boyfriend aku....kenapa dia minat dekat bola..sampai kadang-kadang janji nak tengok wayang dengan suka hati dia tukar pergi tengok football match....angin satu bandan lah aku....so dia jawab " sayang, dah minat nak buat macam mana"...bijak betul jawapan dia....takde minat lain agaknya....haish...

actually, tidak salah untuk meminati bolak sepak ni...tapi adalah tidak elok kalau minat itu menyebabkan kita hilang tumpuan terhadap perkara yang lebih penting untuk kita lakukan... sebagi contoh pekerjaan kita...

ada dikalangan peminat bola sepak yang mengambil cuti gara-gara tidak cukup tidur kerana menyaksikan perlawanan bola sepak pada waktu awal pagi....Jadi hal ini tidak elok untuk kerjaya kita....kerana mungkin kita boleh dibuang kerja keran kerap mengambil cuti dan dapat menurukan prestasi pekerjaaan....

Jadi sekuat mana sokongan kita terhadap bola sepak tapi jangan sampai menjejaskan pekerjaan dan kesihatan kita.....


Majulah Sukan Untuk Negara

Thursday, May 20, 2010

Hadiah Hari Jadi Paling Bermakna

25.05 iaitu esok merupakan hari jadi adik lelaki aku...hehehe dah besar panjang dah adik lelaki tunggal aku ni....

Masa ini lah aku teringat masa zaman aku sekolah dulu....Dulu aku pernah bersekolah di sekolah menengah teknik perdagangan di Johor Bahru.. So aku teringat la memori masa sekolah dulu...especially bila ada kawan - kawan aku yang celebrate birthday....hahaha..masa tulah kami akan merancang macam - macam trick nak kenakan member yang sambut birthday....

hahaha kalau ingat kesian pun ada kat yang menjadi mangsa kenakalan kami....hahahahaha
bila jam pukul 12 malam jer (dulu tinggal kat asrama )...habis la siapa yang sambut hari jadi...sebab orang tu akan kena lumur dengan tepung or bedak dekat muka dia sambil nyayi lagu hari jadi kat dia....(tapi nyanyi senyap-senyap, kalau bising nanti warden seel )hahahaha....

lepas tu bila pagi...memang putih melepak la muka si mangsa...hahahaha....lepas tu masa beratur nak pergi sekolah kami akan nyanyi sekali lagi untuk si mangsa....hahahaha ( saje jerk nak mencapap )hahaha....

selain kena baling dengan tepung or bedak...ada lagi yang kita orang buat dekat mangsa tu...hehehe nak tau apa?....

kita orang akan buat adunan yang istimewa...hahaha.....mencampurkan  tepung + softlan + sabun + nila = adunan yang berwarna biru....

hahaha apa lagi adunan ni untuk dibaling kat birthday girl lah....hahaha....memang kesian sebab bila adunan tu melekat kat rambut memang susah untuk hilang kan nya....apatah lagi kalau lekat dekat baju....lagi lah berbekas warna biru...hehehe ( jahatnya)....

hahahaha...kalau ikutkan memang lah nampak macam jahat kan tapi itu lah yang menjadi kenangan sampai sekarang dan itu adalah sebagi hadiah harijadi....ye lah kan duduk di asrama..macam mana nak beli hadiah kan... so itulah hadiah yang paling bermakna hahaha.....

SELAMAT ULANG TAHUN  kepada adik tersayang NUR AZMI bin IPRAN....

Bila lelaki pergi shopping

Hari ini aku kena temankan adik lelaki aku pergi bank untuk mngeluaarkan duit biasiswa dia untuk bayar yuran sekolah...
Dari rumah dia dah plan apa yang dia nak buat dengan baki duit yuran tu..Dia cakap nak beli sweater and selipar nike..

So, pukul 2.30 petang tadi, bapak aku hantar kita orang pergi bank untuk keluarkan duit...
Lepas adik aku ajak bapak aku pergi larkin...sebab dia kata kat situ murah...

Ye jelah aku ingat dia nak beli sweater  ngan seliper je... Tapi sekali dia pergi tambah 2 helai t-shirt plak...
Kakak jurujual tu begitu excited yerk melayan adik aku...aku pulak tengok kan ajer....hehehe...jap lagi adik aku boleh mintak tambah lagi RM 5... Ya allah dalam masa 15 minit adik boleh habis kan RM 100...ish..ish aku shopping pun tak macam dia....

Aku pun cakap kat dia "Wei tadi bukan kau kata nak beli sweater ngan selipar jer ker?..." pastu dengan bijaksananya dia jawab " takde la wei aku rasa macam terpukau pulak dengan akak jurujual tu.....hehehe" (ala - ala kambing senyum)...

ish budak ni ada pulak cakap macam tu....tulah dia cakap tak serupa bikin dekat rumah cakap nak beli lain...kejap lagi sampai kat kedai lain yang dia beli....

Tetapi biarlah dia duit dia betul tak...asalkan dia tak beli benda yang bukan-bukan sudah lah....

aku ada ambil gambar barang -barang yang adik beli tapi tak sempat nak upload...nanti bila aku ada masa aku upload....

Wednesday, May 19, 2010

Penting ke Minum Susu ni...

Entry kali ni, tentang susu. Hah ada sesiapa yang tidak suka akan susu ke?....( tanya orang, orang yang tulis ni pun tak minum susu...haish..)....Aku bukannya tak suka minum susu tetapi sebab aku tak berapa tahan dengan bau hanyir susu tu. Tapi sekarang ni aku sedang mencuba - cuba untuk minum susu. Apa khasiat yang ada dalam susu?...

sebenarnya susu ni amat bagus untuk badan kita. Kerana susu mengandungi kalsium yang menguatkan tulang dan gigi kita. Tidak semestinya kanak - kanak sahaja yang perlu minum susu, tapi orang dewasa pun harus minum susu. Ye la sebab bila umur kita semakin meningkat, tulang kita akan semakin rapuh. So, kalsium yang terdapat didalam susu dapat membantu menguatkan tulang kita.

Selain itu juga,  Rasulullah s.a.w juga amat menggemari susu. Kerana bagi baginda susu memiliki manfaat yang sangat besar berbanding dengan minuman atau makanan yang lain.

kebanyakan orang bimbang akan kegemukkan andainya terlampau kerap meminum susu. Sebenarnya dengan meminum susu badan kita akan menjadi lebih langsing dan sihat. Hal ini telah dibuktikan oleh penyelidik di Universiti Alabama,Birmingham. Disamping itu, kita juga perlu melakukan senaman serta mengamalkan pemakan sihat.


Jadi kita tidak perlu risau tentang kegemukkan. Tapi kalau hanya minum susu tetapi tidak disertakan dengan pengawalan pemakanan dan tidak melakukan senaman. Pun tak guna jugak. Jadi semua kena lah seiring barulah boleh hidup sihat.

Sunday, May 16, 2010

+--Kenapa drama korea best--+

Bila sebut je pasal daram korea macam - macam tajuk drama yang keluar. Hehehehe dulu masa zaman sekolah ada lah seorang kawan sekelas ni dia ni memang peminat fanatik cerita korea. Atas meja dia penuh dengan poster pelakon drama tu. Kalau tak salah masa tu tengah popular cerita meteor garden. Hahahaha dulu aku ni bukannya suka sangat tengak cerita korea ni. So aku pun memang suka lah nak mengacau kawan aku tu. Aku pun kutuk-kutuk la cerita tu. Dia punya marah habis 1 kelas dia lari sebab nak kejar aku yang asyik nak gelakan dia...hahaha...

Tapi bila sekarang ni hidup di universiti. Tinggal pulak kat hostel. Confirm la tak ade televisyen kan. Bukanya apa, malas nak mengakut tv yang kt johor tu bawak datang KL....So, bila dah bosan, aku pon pergi tanya kat member-member ." wei korang ada cerita best tak kat laptop, bosan la.". Aku tak tahu pulak yang housemate aku yang sorang ni memang hantu cerita korea. dia pun cakap kat aku " hah, aku ada cerita korea, best giler cerita tu "....haish...aduh cerita korea dia bagi kat aku ish.....aku pon terima jelah sebab dia dah hulur DVD tu kat aku...tajuk cerita yang dia bagi kat aku....confirm semua orang tahu cerita ni...."Boys Over Flower"....



hahaha aku pun tengok la kat dalam bilik aku...first time aku tengok ada jugak la rasa bosan...tapi bila dah tengok cerita tu....
hah amik kau...tau tak aku tak tidur sampai ke pagi...ye lah sebab cerita tu kan banyak episode. so aku tak nak berhenti.....
lepas aku tengok cerita tu...hehehe terus aku gila lah dengan cerita korea nie....hehehe....sampai la sekarang...

Princess Hours...

hah cerita ni lagi lah aku suker...hahaha....pun sama jugak aku tengok sampai tak tidur sebab nak habiskan tengok....hahaha masa tu orang semua tengah sibuk nak final exam..aku sibuk dengan cerita korea...ye la dah aku nampak DVD cerita ni kat atas drower roomate member aku...hah ape lagi aku pinjam la...hahaha


Full House....
cerita ni memang dah lama wujud...Just because dulu aku tidak berapa suka dengan cerita korea. so masa cerita ni tengah hot, aku tak berape layan sangat...Tapi baru-baru ni, aku dapat tengok cerita ni..dapat dari roomate aku...dah alang-alang ternampak cerita ni dalam laptop dia...aku pun mintak lah....

Actually, aku ni tak lah fanatik sangat dengan cerita korea ni....aku akan tengok kalau terjumpa jer cerita tu dekat member-member aku....tak ade lah sampai nak cari DVD dia pulak....

So last word  dari nenek kebayan pada entry ni ialah cerita korea ni memang best...hehehe

Tuesday, May 11, 2010

kenapa Nenek oh Nenek

mesti ramai yang tanya kenapa nama blog ni Nenek oh Nenek...

adakah penulisnya orang tua..
hehehe..

sebenarnya orang yang tulis blog ni takdelah tua macam nenek...
penulisnya muda lagi...baru berusia 20 tahun...seorang pelajar universiti tempatan...

ok...kenapa bagi nama blog macam tu...
sebab kawan-kawan penulis ni suke panggil dia dengan panggilan nenek...tu yang dia letak nama blog dia nenek..

tak tahu la kenapa kawan-kawan dia panggil dia nenek..mungkin sebab dia suke membebel agaknya...

hahaha...begitulah ceritanya kenapa blog ni di beri nama macam tu...Nenek oh Nenek...

Saturday, May 8, 2010

Tips Hilangkan Jerawat dari nenek....

hah mesti cucu semua ada masaalah dengan jerawat kan...lebih-lebih lagi masa tu korang ada pembentangan atau interview mesti tension kan...jangan tension-tension nanti makin banyak pulak jerawat tu....hah disini nenek nak share tips tak la banyak sangat...

Putih Telur Dengan Tepung Ubi...

1. ambil sebiji telur, asingkan antara putih dengan kuning telur tu
2. ambil sedikit tepung ubi
3.gaulkan la dalam putih telur tu, sampai sebati....ala buat macam mask tu....
4.lepas tu apa lagi letak la dekat atas  muka biar sampai kering pastu baru cuci dengan air suam..
5.lakukan 2 kali seminggu (kalau nak buat hari-hari pon nenek tak kisah, sebab yang beli telur korang bukan nenek hehehe)
kuning telur korang buat la telur dadar...lepas tu makan...hahaha


Putih Telur dengan Limau Nipis...
1. macam biasa guna putih telur aje
2. perah air limau nipis tu, campurkan dalam putih telur tu...
3. sapu kat muka...
insyallah jerawat tu akan kecut.


hah tu jela yang nenek tahu....nanti nenek tanya kat mak nenek ea...

selamat mencuba....

Saturday, May 1, 2010

~Terima Kasih ku Ucapkan ~

Aku mempunyai Ibu dan Ayah...kerana merekalah aku hidup dimuka bumi ini....

meraka hanya melakukan kerja kampung...bukanlah pegawai yang berjawatan tinggi seperti orang lain...

pada waktu pagi abah dan mak pergi menoreh getah di hujung kampung...kebun getah tu bukan milik keluarga kami tapi milik teman abahku..
pulang dari menoreh getah pada sebelah petang mak menjual goreng pisang digerai yang berhampiran dengan rumah aku....abah pulak kalau tidak ada projek membuat rumah...dia juaga akan turut membantu mak dikedai...

Hidup kami tidak semewah orang lain...tapi abah tidak pernah mengalah...baginya pelajaran 4 orang anak-anaknya harus diutamakan....

sebab itulah bila ada adik-adik aku yang meminta duit untuk membeli barang keperluan untuk sekolah abah tak pernah melarang...walau tidak ade duit dia akan berusaha untuk membelikan barang yang diminta...

seperti aku juga yang kini sedang melanjutkan pelajaran disebuah pusat pengajian swasta...pastinya memerlukan wang yang banyak....apatah lagi bila aku tidak dapat memohon mana-mana pinjaman pelajaran kerana tidak layak....

jadi segala perbelanjaan aku di UNISEL selama nie abah dan mak yang bayar...hasil dari titik peluh mereka...
abah tidak pernah menentukan jalan hidup aku....sebab dia tahu yang aku mampu menetukan halatuju aku sendiri....dan abah sentiasa menyokong....begitu juga dengan mak...dia hanya berdoa yang semua anak-anaknya berjaya dunia dan akhirat...dah dia berharap suatu hari nanti yang kami sekeluarga dapat pergi ketanah suci....

Kini aku hampir menamatkan pengajian diperingkat diploma...semuanya kerana mereka berdua....

TERIMA KASIH

MAK & ABAH



DIKAULAH PERMATA HATIKU

1 May ~Hari Pekerja~

Setiap kali tibanya hari ini. abah aku sering teringat ceritanya dulu...ye la cerita mase hari pekerja....
seperti semua maklum bila dah tercatat kat dalam kalendar tu yang hari pekerja nie semua pekerja diberikan cuti kan....nak dijadikan cerita lah...

bapak aku dulu seorang buruh kasar je dijohor bahru...dia dan rakan- rakannya yang lain sedang menyiapkan sebuah bangunan...

so...masa hari buruh tu..adela seorang kwan abah aku tanye kt abah aku..." Edi, ko kerja tak hari ni", kata kawan abah aku...

dengan bijaksananya abah aku jawab "wei keje la man, mana boleh tak keje nanti bila pulak bangunan nie nak siap"....maklum la pekerja yang berkaliber....

lepas tu abah aku dan pakcik man pun pergi la kerja....tengah sedap bancuh simen tiba-tiba ade suara datang tegur abah aku dengan pakcik man....

" hoi...nie ape buat nie..hari ni hari buruh mana boleh kerja..pegi balik"....sekali polis yang datang sound...

abah aku tanya kat kawan die 2...."eh man..ari nie berape hari bulan? "....dengan selambernya pakcik man jawab " 1 May la"....

" la kenape ko tak bagi tau awal-awal man oiiii "..jawab abah aku..."habis tu aku dah tanya ko tadi pagi nak kerja ke tak..aku belom habis tanya ko da jawab nak kerja...aku ikut je la"...jawab pakcik man

ape lagi abah aku dengan pakcik terus kemas barang balik umah....sampai sekarang abah aku ingat cerita tue...
hahahahaha...itu lah orang dah bagi cuti dia sibok nak kerja...biler suruh kerja sibok nk cuti...hahaha

urmm~`Avail Beauty~`...

Ok..Avail Beauty nie adalah syarikat multilevel yang menjual barangan kesihatan...Antara killer product syarikat nie adalah Bio Sanitary Pads...yang korang boleh tengok gambar produk nie kat bawah....

 pad nie memang bagus sebab aku guna product nie...pad nie boleh melegakan masalah sengugut yang melanda wanita ketika mereka sedang datang haid...ianya diperbuat daripada 100% kapas... ramai dah guna pad nie...sape yg berminat ley r cari aku sbb aku pon salah seorang pengedar productuk nie...