Pages

Thursday, May 20, 2010

Bila lelaki pergi shopping

Hari ini aku kena temankan adik lelaki aku pergi bank untuk mngeluaarkan duit biasiswa dia untuk bayar yuran sekolah...
Dari rumah dia dah plan apa yang dia nak buat dengan baki duit yuran tu..Dia cakap nak beli sweater and selipar nike..

So, pukul 2.30 petang tadi, bapak aku hantar kita orang pergi bank untuk keluarkan duit...
Lepas adik aku ajak bapak aku pergi larkin...sebab dia kata kat situ murah...

Ye jelah aku ingat dia nak beli sweater  ngan seliper je... Tapi sekali dia pergi tambah 2 helai t-shirt plak...
Kakak jurujual tu begitu excited yerk melayan adik aku...aku pulak tengok kan ajer....hehehe...jap lagi adik aku boleh mintak tambah lagi RM 5... Ya allah dalam masa 15 minit adik boleh habis kan RM 100...ish..ish aku shopping pun tak macam dia....

Aku pun cakap kat dia "Wei tadi bukan kau kata nak beli sweater ngan selipar jer ker?..." pastu dengan bijaksananya dia jawab " takde la wei aku rasa macam terpukau pulak dengan akak jurujual tu.....hehehe" (ala - ala kambing senyum)...

ish budak ni ada pulak cakap macam tu....tulah dia cakap tak serupa bikin dekat rumah cakap nak beli lain...kejap lagi sampai kat kedai lain yang dia beli....

Tetapi biarlah dia duit dia betul tak...asalkan dia tak beli benda yang bukan-bukan sudah lah....

aku ada ambil gambar barang -barang yang adik beli tapi tak sempat nak upload...nanti bila aku ada masa aku upload....

No comments:

Post a Comment