Pages

Wednesday, May 19, 2010

Penting ke Minum Susu ni...

Entry kali ni, tentang susu. Hah ada sesiapa yang tidak suka akan susu ke?....( tanya orang, orang yang tulis ni pun tak minum susu...haish..)....Aku bukannya tak suka minum susu tetapi sebab aku tak berapa tahan dengan bau hanyir susu tu. Tapi sekarang ni aku sedang mencuba - cuba untuk minum susu. Apa khasiat yang ada dalam susu?...

sebenarnya susu ni amat bagus untuk badan kita. Kerana susu mengandungi kalsium yang menguatkan tulang dan gigi kita. Tidak semestinya kanak - kanak sahaja yang perlu minum susu, tapi orang dewasa pun harus minum susu. Ye la sebab bila umur kita semakin meningkat, tulang kita akan semakin rapuh. So, kalsium yang terdapat didalam susu dapat membantu menguatkan tulang kita.

Selain itu juga,  Rasulullah s.a.w juga amat menggemari susu. Kerana bagi baginda susu memiliki manfaat yang sangat besar berbanding dengan minuman atau makanan yang lain.

kebanyakan orang bimbang akan kegemukkan andainya terlampau kerap meminum susu. Sebenarnya dengan meminum susu badan kita akan menjadi lebih langsing dan sihat. Hal ini telah dibuktikan oleh penyelidik di Universiti Alabama,Birmingham. Disamping itu, kita juga perlu melakukan senaman serta mengamalkan pemakan sihat.


Jadi kita tidak perlu risau tentang kegemukkan. Tapi kalau hanya minum susu tetapi tidak disertakan dengan pengawalan pemakanan dan tidak melakukan senaman. Pun tak guna jugak. Jadi semua kena lah seiring barulah boleh hidup sihat.

No comments:

Post a Comment