Pages

Sunday, May 23, 2010

Minat Bola sepak

sebut sahaja pasal bola sepak...rasa-rasanya siapa yang lebih teruja pasal bola ni...lelaki atau perempuan...ermmm....

Tetapi biasanya lelaki lah yang lebih minat pada bola sepak ni kan. Kenapa lelaki minat sangat bola sepak...aku betul - betul tak paham...lebih-lebih lagi bila piala dunia akan berlangsung tidak lama lagi....

ermmm penuh lah kedai-kedai mamak dekat Malaysia ni..Yelah semua nak tengok siaran langsung perlawanan... Kalau ada astro di rumah penuh rumah dengan kawan-kawan datang nak tumpang tengok....

aku memang tak pernah tengok perlawanan bola nih...So sekarang bila sudah ada teman lelaki, every time ada game je dekat stadium Larkin mesti ajak aku sekali. aku pun kena pergi lah sebab nanti kalau tak pergi dia cakap aku tak nak spend time dengan dia pulak..haish...

Kalau aku tengok pun tak semestinya aku nak sokong-sokong or nak jerit "Goal" kalau ada jaringan dibuat...so aku akan buat bodoh ajer....paling jahat pun aku akan gelakkan boyfriend aku, kalau tak pun aku kutuk habis-habis team dia sokong tu....sebab punya semangat dia sorak team yang dia sokong tapi team tu tak dapt nak score goal pun...hehehe aku gelak, dia pulak tension ngn aku....hahaha padan muka siapa suruh ajak aku pergi tengok....

bila aku tanya dekat boyfriend aku....kenapa dia minat dekat bola..sampai kadang-kadang janji nak tengok wayang dengan suka hati dia tukar pergi tengok football match....angin satu bandan lah aku....so dia jawab " sayang, dah minat nak buat macam mana"...bijak betul jawapan dia....takde minat lain agaknya....haish...

actually, tidak salah untuk meminati bolak sepak ni...tapi adalah tidak elok kalau minat itu menyebabkan kita hilang tumpuan terhadap perkara yang lebih penting untuk kita lakukan... sebagi contoh pekerjaan kita...

ada dikalangan peminat bola sepak yang mengambil cuti gara-gara tidak cukup tidur kerana menyaksikan perlawanan bola sepak pada waktu awal pagi....Jadi hal ini tidak elok untuk kerjaya kita....kerana mungkin kita boleh dibuang kerja keran kerap mengambil cuti dan dapat menurukan prestasi pekerjaaan....

Jadi sekuat mana sokongan kita terhadap bola sepak tapi jangan sampai menjejaskan pekerjaan dan kesihatan kita.....


Majulah Sukan Untuk Negara

No comments:

Post a Comment