Pages

Saturday, May 1, 2010

~Terima Kasih ku Ucapkan ~

Aku mempunyai Ibu dan Ayah...kerana merekalah aku hidup dimuka bumi ini....

meraka hanya melakukan kerja kampung...bukanlah pegawai yang berjawatan tinggi seperti orang lain...

pada waktu pagi abah dan mak pergi menoreh getah di hujung kampung...kebun getah tu bukan milik keluarga kami tapi milik teman abahku..
pulang dari menoreh getah pada sebelah petang mak menjual goreng pisang digerai yang berhampiran dengan rumah aku....abah pulak kalau tidak ada projek membuat rumah...dia juaga akan turut membantu mak dikedai...

Hidup kami tidak semewah orang lain...tapi abah tidak pernah mengalah...baginya pelajaran 4 orang anak-anaknya harus diutamakan....

sebab itulah bila ada adik-adik aku yang meminta duit untuk membeli barang keperluan untuk sekolah abah tak pernah melarang...walau tidak ade duit dia akan berusaha untuk membelikan barang yang diminta...

seperti aku juga yang kini sedang melanjutkan pelajaran disebuah pusat pengajian swasta...pastinya memerlukan wang yang banyak....apatah lagi bila aku tidak dapat memohon mana-mana pinjaman pelajaran kerana tidak layak....

jadi segala perbelanjaan aku di UNISEL selama nie abah dan mak yang bayar...hasil dari titik peluh mereka...
abah tidak pernah menentukan jalan hidup aku....sebab dia tahu yang aku mampu menetukan halatuju aku sendiri....dan abah sentiasa menyokong....begitu juga dengan mak...dia hanya berdoa yang semua anak-anaknya berjaya dunia dan akhirat...dah dia berharap suatu hari nanti yang kami sekeluarga dapat pergi ketanah suci....

Kini aku hampir menamatkan pengajian diperingkat diploma...semuanya kerana mereka berdua....

TERIMA KASIH

MAK & ABAH



DIKAULAH PERMATA HATIKU

No comments:

Post a Comment