Pages

Saturday, June 5, 2010

kenangan kebun getah

assalamualaikum pembuka bicara untuk entry kali ini, dah lama tak duduk depan laptop and mengarut dalam blog ni. Bukan hilang kemana pun, cuma tak berapa sihat. tapi jangan risau sekarang dah sihat dah, dah kembali aktif untuk mengarut.

Sebenarnya punca aku demam adalah disebabkan menyahut cabaran abah aku. Beliau telah menyuruh anak dia yang tak pernah masuk hutan ni. pergi ikut dia and mak aku menoreh getah. Oh my god...So ikut jelah. Ish dah lah kena bangun pagi-pagi. Yelah kan mana ada orang pergi menoreh tengah hari. tak pernah dibuat orang. So masa kat sana sempat lah jugak snap gambar sikit buat kenangan hahahahaha. ( padahal kebun getah je kot)....
    
inilah keadaan kebun getah tu. Besar tau kebun ni, berapa hektar, ermm lupa la pulak nak tanya.


ni adalah perkara penting yang perlu ada. hahaha ubat nyamuk menjadi peneman setia aku. =)

perigi ni abah aku yang gali. Tapi ni bukan perigi kontang tau...hahahahaha



hehehe...masa aku snap gambar uncle ni...dia sempat cakap " aiyoooo amoi aa...jangan amek gambar saya "
sorry la uncle....


Pada sesiapa yang tak tahu hah inilah susu getah....

Siapa cakap kerja menoreh getah ni senang. kalau nak tahu kerja menoreh getah ni susah. sebab kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai kemungkinan seperti binatang buas, serangga berbisa dan macam-macam lagi.

Ini adalah pengalaman aku yang paling berharga. Kerana aku dapat merasai kepayahan yang dihadapi oleh mak dan abah untuk membesarkan anak-anaknya. bermandikan peluh di tengah kebun getah hanya untuk memastikan anak-anaknya memperoleh pendidikan yang sewajarnya. Aku memang hargai apa yang telah abah and mak aku buat untuk aku and adik- adik aku. Itulah motif sebenar mengapa abah aku mengajak aku mengikut dia pergi menoreh getah. Abah nak anak-anak dia tahu betapa susahnya untuk mencari duit untuk anak-anak..... mak abah terima kasih.....




No comments:

Post a Comment