Pages

Tuesday, June 8, 2010

Mana nak cari orang yang buat hantaran ek....

"  Ish pening lah kepala aku ni....mana nak cari orang yang pandai buat hantaran yang cantik ni "...masalah macam ni mesti sering dihadapi oleh pasangan yang bakal mengadakan majlis pertungan atau majlis pernikahan....ye lah bukan senang nak buat hantaran sendirikan....kalau kreatif mungkin 1 bonus pada diorang...tapi bagi yang tidak pula, mestilah khidmat orang yang pandai membuat hantaran diperlukan.....

kenapa aku cakap macam ni....sebab 2 hari lepas, aku pergi ke rumah jiran aku untuk mintak tolong dia urut pinggang aku...sebab makcik ni yang aku panggil mak itam, dia memang pandai mengurut orang....biasanya khidmat dia selalu digunakan oleh perempuan yang baru lepas bersalin.....hah sapa yang ada sakit-sakit badan boleh bagitau aku.....hehehe.....

tetapi aku bukan nak cerita pasal dia pandai mengurut tapi nak cerita yang mak itam ni pun pandai buat hantaran untuk orang nak bertunang mahupun bernikah...memang lawa...sebab kebetulan masa aku datang dia tengah busy siapkan tempahan hantaran......kalau nak tengok kat bawah ni ada beberapa gambar hantaran yang dah siap.....



 


p/s : mintak maaf kalau gambar ni tak clear sebab gambar ni di shoot menggunakan camera handphone sahaja..
sesiapa yang berminat boleh hubungi aku.....

bubye......





























































No comments:

Post a Comment