Pages

Saturday, September 18, 2010

Saya sangat seronok dengan mereka

Semalam aku pergi beraya dekat rumah member aku...geng masa kat kat sekolah teknik dulu...
dah lama giler aku tak jumpa dengan diorang ni...

kadang-kadang aku tak dapat nak join diorang hangout sebab aku sibuk sangat dengan assignment disamping universiti aku yang jauh dari diorang...

tapi semalam akhirnya aku dapat jugak berjumpa dengan diorang...walaupun ada sorang kawa aku tak ada dengan kita orang....





saya memang sangat seronok dengan mereka...walaupun aku asik kena buli ngn diorang nie..tapi aku tak kisah pon sebab diorang nak happykan aku...hahaha...

luahan yang keluar dari kepala otak...

Jiwaku sepi kerana kehilangan punca kegembiraan...
Hatiku kosong kerana dia pergi dan tak kembali kepadaku...
tolong pulangkan kembali hatiku itu...
kerana tanpanya hidupku sepi tak bernyawa...

kau hadir didalam hidupku...
bagai mentari yang menyinari alam yang gelap - gelita..
setelah sekian lama cahayamu menyinari jiwa dan hatiku...
mengapa sekarang kau putuskan cahaya yang kau berikan kepadaku..

kini aku sendiri menghadapi cabaran masa depan...
membina kembali semangat yang telah pudar...
airmataku sudah kering dek kerana terlalu rajin mengalir keluar
dari kelopaknya...
aku tidak lagi menaruh harapan yang tak lagi jadi milikku...
kerana harapan itu sudah pun menjadi hak milik mutlak insan yang lain...

aku terlalu letih untuk semua ini...
terlalu banyak telah pertaruhkan untuk hubungan ini...
tapi itu semua sudah tidak berharga lagi...
kerana dah tak punya apa-apa lagi untuk diberi...

tiada lagi hati...
untuk memberi cinta kepada si adam...

tiada lagi jiwa...
untuk tulus menyayangi...

tiada lagi kasih dan sayang...
kerna dah terlalu penat kecewa...

semuanya telah hilang dibawa pergi...
dan aku sudah penat mencari...
kini biarlah dia datang sendiri...
dan aku redha dengan kehendak illahi...


Wednesday, September 15, 2010

Jeng-Jeng Kan Dah Kene Marah....

Setiap kali hari raya menjelang tiba pasti yang paling gembira adalah kanak-kanak, kerana pada waktu macam nilah mereka dapat mengumpulkan duit raya yang banyak....hahahahahahaha....

tetapi sekarang kanak-kanak yang datang beraya kerumah kita  bukan dengan niat untuk beraya tapi hanya untuk mencari duit...

kenapa saya cakap macam tu, sebab pada hari raya pertama yang lalu...berlakulah cerita yang dibawah ini...
baca lah kalau nak tau...



" di pagi hari raya...sewaktu mak aku sedang berehat diuang tamu dan bapak aku sedang melantak didapur...tiba - tiba terdengar ada suara oarang bagi salam kat luar rumah...." asslamualaikum kami datang nak beraya "...so mak aku pon cakap lah " hah masuk lah...jap ye makcik ambilkan air..masuklah..."...tapikan budak tu bukannya masuk sebaliknya dia cakap mcam ni..." tak apa lah makcik kami tak nak masuk..tapi kami nak duit raya je.."...lepas je mak aku dengar apa yang budak tu cakap apa lagi mak aku terus lah bagi ceramah free dekat depan muka pintu...." apa tak nak masuk...nak duit raya je..oh banyak cantik muka kau..orang hari raya ni beraya sebab nak berziarah bukan nak kejar duit raya...kalau nak duit raya masuk minum dulu kalau tak tak dapat duit raya".....hahahaha hah kan dah kena marah....so budak 2 orang tu terpaksa lah masuk lepas kene marah...tapi wajarkan mak aku cakap macam tu supaya adat berhari raya ni tak disalah ertikan...betul tak"....

so moral of the story : kepada semua ibu bapa beritahu lah anak-anak kita tentang adab-adab ketika beraya dirumah orang...supaya adat-adat yang sedia ada ini tidak akan pudar....beraya ke rumah jiran tetangga atau saudara mara bukanlah untuk memungut duit raya tetapi adalah untuk saling berziarah dan bermaafan...



Animated Pictures Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Mood Di Hari raya

Hari raya tahun nie, tak tau nak describe macam mana sebab ada macam-macam hal yang jadi. Macam - macam perasaan ada marah, benci, tertekan, sedih, gembira sakan, banayak lagi lah...

ermm semalam dapat berita pasal kawan lama kemalangan dan dia telah kehilangan insan yang dia sayang...
sedih sangat bila lawat dia dihospital semalam.

tapi lepas tu, aku pergi bergembira dengan kawan - kawan yang lain untuk hilangkan rasa sedih aku yang juga kehilangan orang yang tersayang.
insan yag paling aku sayang telah pergi dari aku dan bertunang dengan orang lain..aku betul-betul rasa kehilangan..

aku cuba untuk melupakan semua masaalah yang melanda...macam-macam aku buat pergi tengok wayang, jalan-jalan and yang paling best pergi karaoke..aku melepaskan semua tekanan kat dalam karaoke box tu..

and sempat merakam kan kenangan kami bersama...




Saturday, September 4, 2010

datang mood berangan...

setiap kali aku berangan mesti aku berangan pasal benda-benda ni...

aku selalu berangan bila dah kerja nanti nak beli benda nie...
nak tau x ape...
jeng jeng jeng....

canon dslr E05....
asyik amek gambar guna handphone jerk...
kalau guna nie lagi best

dulu penah lah guna jugak tapi tu bekas boyfriend punya...
tapi skunk dah xde boypren...
so kena cari duit beli sendiri....
hehehehe....

ni mesti semua perempuan suka...
sapa yang tak suke kan...

masa itu emas....
kalau pakai nie mesti nampak sangat elegen kan kan kan...

hah nie dari dulu lagi teringin nak beli..
tak mampu...
harap-harap lah tercapai...

kereta ini saya sudah ada tapi bapak saya punya...
tapi saya tetap nak beli jugak...
sebab sokong lah kereta tempatan...
hehehehehe



harap - harap lah tercapai semua impian...
tapi berangan-berangan jugak...
kalau kita nak kan sesuatu kita kenalah berusaha..
bye-bye

Friday, September 3, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya

Setelah sekian lama aku berpikir untuk mendaptkan design terbaik untuk kad ni...

akhirnya ini hasil kad yang telah siap...

simple jerk..sebab dah tak ade idea...

dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin....

sepuluh jari disusun tanda memohon seribu kemaafan diatas kesemua kesalahan yang pernah dilakukan....




SELAMAT HARI RAYA