Pages

Saturday, September 18, 2010

luahan yang keluar dari kepala otak...

Jiwaku sepi kerana kehilangan punca kegembiraan...
Hatiku kosong kerana dia pergi dan tak kembali kepadaku...
tolong pulangkan kembali hatiku itu...
kerana tanpanya hidupku sepi tak bernyawa...

kau hadir didalam hidupku...
bagai mentari yang menyinari alam yang gelap - gelita..
setelah sekian lama cahayamu menyinari jiwa dan hatiku...
mengapa sekarang kau putuskan cahaya yang kau berikan kepadaku..

kini aku sendiri menghadapi cabaran masa depan...
membina kembali semangat yang telah pudar...
airmataku sudah kering dek kerana terlalu rajin mengalir keluar
dari kelopaknya...
aku tidak lagi menaruh harapan yang tak lagi jadi milikku...
kerana harapan itu sudah pun menjadi hak milik mutlak insan yang lain...

aku terlalu letih untuk semua ini...
terlalu banyak telah pertaruhkan untuk hubungan ini...
tapi itu semua sudah tidak berharga lagi...
kerana dah tak punya apa-apa lagi untuk diberi...

tiada lagi hati...
untuk memberi cinta kepada si adam...

tiada lagi jiwa...
untuk tulus menyayangi...

tiada lagi kasih dan sayang...
kerna dah terlalu penat kecewa...

semuanya telah hilang dibawa pergi...
dan aku sudah penat mencari...
kini biarlah dia datang sendiri...
dan aku redha dengan kehendak illahi...


1 comment: