Pages

Wednesday, September 15, 2010

Jeng-Jeng Kan Dah Kene Marah....

Setiap kali hari raya menjelang tiba pasti yang paling gembira adalah kanak-kanak, kerana pada waktu macam nilah mereka dapat mengumpulkan duit raya yang banyak....hahahahahahaha....

tetapi sekarang kanak-kanak yang datang beraya kerumah kita  bukan dengan niat untuk beraya tapi hanya untuk mencari duit...

kenapa saya cakap macam tu, sebab pada hari raya pertama yang lalu...berlakulah cerita yang dibawah ini...
baca lah kalau nak tau...



" di pagi hari raya...sewaktu mak aku sedang berehat diuang tamu dan bapak aku sedang melantak didapur...tiba - tiba terdengar ada suara oarang bagi salam kat luar rumah...." asslamualaikum kami datang nak beraya "...so mak aku pon cakap lah " hah masuk lah...jap ye makcik ambilkan air..masuklah..."...tapikan budak tu bukannya masuk sebaliknya dia cakap mcam ni..." tak apa lah makcik kami tak nak masuk..tapi kami nak duit raya je.."...lepas je mak aku dengar apa yang budak tu cakap apa lagi mak aku terus lah bagi ceramah free dekat depan muka pintu...." apa tak nak masuk...nak duit raya je..oh banyak cantik muka kau..orang hari raya ni beraya sebab nak berziarah bukan nak kejar duit raya...kalau nak duit raya masuk minum dulu kalau tak tak dapat duit raya".....hahahaha hah kan dah kena marah....so budak 2 orang tu terpaksa lah masuk lepas kene marah...tapi wajarkan mak aku cakap macam tu supaya adat berhari raya ni tak disalah ertikan...betul tak"....

so moral of the story : kepada semua ibu bapa beritahu lah anak-anak kita tentang adab-adab ketika beraya dirumah orang...supaya adat-adat yang sedia ada ini tidak akan pudar....beraya ke rumah jiran tetangga atau saudara mara bukanlah untuk memungut duit raya tetapi adalah untuk saling berziarah dan bermaafan...



Animated Pictures Myspace Comments
MyNiceProfile.com

2 comments:

  1. tapi kadang2 ada gak budak ikhlas nk masuk rumah nak beraya, tapi beri salam je kat rumah orang, tuan rumah terus hulur duit raya je. tak jemput masuk pun. both case memang berlaku.

    ReplyDelete
  2. yes...that right...
    tapi ade jgak tuan rumah yang cakap terus terang kt bebudak yang dtg beraye tu yang die x suke budak-budak beraye kt rumah...this is really happen to my little sister...

    ReplyDelete