Pages

Wednesday, November 10, 2010

Mak & Abah

Dua insan ini amat istimewa bahkan sangat penting dalam hidup ku. Jika tiada mereka maka tiadalah aku didunia ini. Pengorbanan mereka terlalu besar buat aku dan adik beradik yang lain. Mereka berusaha sedaya upaya untuk memastikan kami mendapat pendidikan supaya kami dapat membela nasib keluarga dimasa hadapan nanti. Kata ayah hanya pendidikan yang dapat mengubah hidup seseorang itu.

Mak
walaupun bebelan mu kadang kala memekak kan telinga,
tapi kerana bebelanmu lah anak mu kemenara gading kini,
tapi tanpa bebelan mu anak mu ini menjadi rindu akan suaramu,

jika disaat mak tertekan dengan keaadan keluarga,
habis lah tong-tong getah bergolek ke tanah kerana di campak oleh mak,
tapi anak mu ini paham,
kerana mak tertekan bagaimana nak membayar yuran peperiksaan anak mu ini.

setiap kali menjelangnya hari raya,
mak tidak membeli walau sehelai pun baju raya untuk dirimu sendiri.
tetapi baju raya untuk anak-anakmu yang paling penting.

Mak terima kasih kerana banyak bersabar,
akan ku balas segala pengorbanan mu...


Abah
seorang yang sangat tenang dalam semua permasaalahan.
jangan fikir dalam diamnya dia tidak memikirkan apa-apa.
tetapi sebaliknya, di dalam kotak pemikirannya terlampau sarat dengan masaalah.
kerap memikirkan caranya untuk mencari duit lebih untuk menampung keluarga.
bekerja tak kira siang dah malam.

di siang hari pergi menoreh getah di kebun itu kalau cuaca tidak hujan,
tengah hari pula berniaga goreng pisang hingga ke petang
waktu malam pula membuat kerja-kerja pertukangan.

itulah rutin setiap hari tanpa kira penat lelah.
tanpa mengenal jemu.

sering memberi peringatan dan nasihat kepadaku
agar aku tahu hala tujuan hidupku.
sentiasa memberi sokongan terhadap aku.

abah tak pernah memarahi atau meleteri anak-anaknya.
abah lebih senang memerhati
tetapi sampai pada satu tahap dia akan bersuara
bukan memarahi tetapi menasihati
tetapi bukan sekadar nasihat yang biasa,
nasihat diberikan dengan suara yang rendah tetapi mengandungi maksud yang amat mencengkam jiwa..
hingga kadang-kadang mapu membuatkan aku menitiskan air mata.


Mak Abah pengorbanan mu ini akan ku balas dan semoga mak dan abah sentiasa dilindungi ALLAH...

AMINN

No comments:

Post a Comment