Pages

Sunday, December 12, 2010

Siapa kata hidup bermadu ni susah....

hai reader semua....
dah baca tajuk entry kali ni...
meletop gitu....

kenapa lah aku buat entry pasal nie...dah kawin pon belom tetibe nak buat entry pasal ni pulak....

ok actually aku sekarang nie menyewa bilik di sebuah pangsapuri di TTDI Jaya....so tuan rumah aku nie adalah seorang isteri kedua....
so ape yang korang fikir pasal isteri kedua ni?...

well...aku sempat lah berbual-bual dengan kak ipah ( bukan nama sebenar )......mase tu lepas solat isyak...
aku tanya dia macam mane die boleh kahwin dengan husband die tu....and kalau korang nak tahu husband die nie seorang ustaz....then dia bagi tahu perkahwinan dia dan suami telah dirancang oleh pakciknya....dia telah berkahwin dengan suaminya itu dimekah...dan pada wkatu itu die belum pernah melihat wajah bakal suaminya itu begitu juga dengan bakal suaminya....tetapi die telah dimaklumkan tentang status bakal suaminya itu terlebih dahulu....
hati mana yang tidak memberontak apabila diberitahu yang dirinya akan dinikahkan dengan seorang lelaki yang mepunyai isteri.....tetapi pakciknya itu menegaskan bahawa die memilih lelaki itu kerana agamanya...maka tidak dapatlah kak tipah menolaknya....( pergh ayat cam penulis buku sejarah )...

hah cm tu lah....tetapi aku tengok life akak nie so tenang walau pun berkongsi suami....
and relationship die dengan madu die pon so akrab just like adik akak....beberapa hari yang lepas kak tipah nie sakit..so madu datang rumah semata-mata nak jaga kak tipah yang sakit nie...so sweet lah diorg nie...

tetapi tipu lah kalau kat hati masing-masing tak ade rase cemburu bila lihat suami dengan perempuan lain...
tetapi demi menjamin keluarga yang bahagia dan diredhai allah..semua perasaan itu harus diketepikan...dan jangan biarkan ia menguasai diri....sama-sama menghormati antara satu sama yang lain....itu lah yang diterapkan dalam diri kak tipah...tetapi bertolak- ansur dan sifat suka beralah adalah yang paling penting dalam hidup bermadu....hah tu lah pesan kak tipah....

bahkan kak tipah tak pernah malu untuk mengaku bahwa die seorang isteri kedua...kerana itu yang ditakdirkan untuk dia dan die redha...

tetapi so far aku tngok life kak tipah tu memang ok jerk...

so aku harap kak tipah akan terus bahagia bersama suaminya....



p/s : "JODOH DAN PERTEMUAN SEMUANYA DITANGAN TUHAN"
              RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...



dan kepada yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan atau bakal jadi raja sehari.....
nenek oh nenek menucapkan selamat pengantin baru....


No comments:

Post a Comment